Sunday, July 26, 2009

Analisa Pada 27 Julai 2009 hingga 31 Julai 2009



Ini adalah screen shot yang diambil pada graf bulan.





Ini pula screen shoot yang diambil pada mingguan...




Berdasarkan Fibo dan garisan hijau itu nampaknya agak sukar juga untuk kita membuat keputusan sama ada ia akan naik atau turun... tapi pada pengamatan saya candlestik menghampiri garisan low / hijau yang bawah... ada kemungkinan minggu ini ia akan buka bawah..

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera... harap otai-otai dan juga yang mahir dapat membantu dan berbincang tentang penilaian yang telah saya buat. Saya menulis blog ini adalah bertujuan melatih diri dalam menganalisa pasaran forex. Perlu di ketahui bahawa penilaian yang saya buat ini bukanlah memberi panduan atau candangan kepada pemorek untuk membuat keputusan. Ianya hanyalah sekadar latihan kepada diri saya.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru saya yang telah mengajar saya berkaitan dan juga selok belok berkaitan dunia forex. Walaupun pada saya, saya masih belum berjaya. Doa saya kepada guru-guru saya semoga anda diberkati dan dicucuri rahmat hendaknya dan gembira di samping keluarga tersayang.

Dalam blog saya, saya tidak berhajat untuk menceritakan tentang pengenalan forex, kerana semua itu mudah di dapati dan di cari... saya lebih menumpukan kepada pasaran Great Britain Pound atau Cable VS. US Dollar atau Green Back. Saya harap dapat kita sama-sama belajar dan semoga Forex akan menjadi usaha kita selamanya..


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Gowns. Powered by Blogger